Thursday, 28 February 2013

TAKKAN tak tahu???!

Hari-hari yang berlalu terus meninggalkan KESAN yang mendalam dalam  mentarbiyyah diri dan jiwa.
Kerana HIDUP itu sendiri adalah GURU terbaik buat kita.

ACAPKALI,
saat seorang anak kecil bertanya kepada mereka yang lebih tua daripadanya, mungkin ibunya, kakaknya, abangnya mahupu ayahnya..
tapi yang SADISnya jawabnya adalah begini.

anak kecil : bagaimana mahu mnjawab soalan matematik ini?
kakaknya : laaa, TAKKAN tak tahu..

DAN

ACAPKALI juga,
saat orang tua bertanya kepada orang yang lebih muda daripadanya, mungkin juga anaknya, adik atau kawannya..
dan jawapannya juga begini.

abang : macam mana ya cara solat jenazah ghaib?
adik: laaaa, TAKKAN tak tahu.

sebelum saya terus berkata, PASTI ada yang bersetuju , ye laa, TAKKAN tak tahu. Ni mesti belajar main-main, tak pun tidur, atau pun untuk dapat A je ni. Namun, sebenarnya saya ingin berkata tentang sesuatu yang lebih dari itu. mungkin kembali pada perkara fundamentalnya di situ.

Jauh ke dalam hati bila direnung kembali, TIDAK seharusnya jawapan itu yang diberikan..
Seakan-akan merendahkan tahap ilmu seseorang. boleh jadi Allah anugerahkan kamu dengan kelebihan disitu untuk MELENGKAPI kekurangan mahupun kelompongan orang lain, Tetapi ironinya begitulah realitinya..

KERANA APA??

kerana..

' dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya , nescaya tidak habis-habisnya (dituliskan) kaimat -kalimat Allah. Sesungguhnya Alah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.'
(surah Luqman : 27 )

ILMU Allah itu terlalu luas...

Moga hati terus TAWADHUK saat diberi peluang memperoleh  ilmu daripada Pemiliknya.