Wednesday, 1 May 2013

JIKA insan



AKHIRNYA, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update blog. 


 BIla buat blogwalking, hati SANGAT terkesan dengan kata-kata ni..


JIKA INSAN itu diASUH dengan KEANGKUHAN,,
DIA bakal menTERJEMAHkan ERTI TAKABBUR...

JIKA INSAN itu diASUH dengan NALURI KEBENCIAN,,
DIA bakal meNYUKAI SIKAP PERMUSUHAN...

JIKA INSAN itu diASUH dengan SIKAP PENTINGkan DIRI,,
DIA bakal meNYUKAI SIKAP MENGKHIANATI...


NAMUN.....
JIKA INSAN itu diASUH dengan NILAI BUDI,,
DIA akan TAHU menHARGAI...

JIKA INSAN itu diASUH dengan SEMANGAT INSANI,,
DIA akan berSIKAP lebih MENGASIHANI...

JIKA INSAN itu diASUH dalam KEPAYAHAN,,
DIA PASTI akan menSYUKURI NIKMAT PEMBERIAN TUHAN...


apapun
KOREKSI diri kita. 
jalan ada di depan mata,
jangan BUTAKAN mata,
apatah lagi HATI...

KERANA mati itu BILA-BILA..

*semoga Allah redha*


Wednesday, 6 March 2013

TARBIYYAH bukan untuk orang yang manja!

Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak.
Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan.

Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami, 

yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat, tidak dikongsi dengan yang lain.
yang cepat mengalah,

yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain.
yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi
amal kosong,
yang hanya tahu membandingkan jamaah itu dengan jamaah ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah.
Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"
Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.

Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss
, hanya tunggu informasi.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya.  

Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah,

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


-dr dia yang jauh- 

Thursday, 28 February 2013

TAKKAN tak tahu???!

Hari-hari yang berlalu terus meninggalkan KESAN yang mendalam dalam  mentarbiyyah diri dan jiwa.
Kerana HIDUP itu sendiri adalah GURU terbaik buat kita.

ACAPKALI,
saat seorang anak kecil bertanya kepada mereka yang lebih tua daripadanya, mungkin ibunya, kakaknya, abangnya mahupu ayahnya..
tapi yang SADISnya jawabnya adalah begini.

anak kecil : bagaimana mahu mnjawab soalan matematik ini?
kakaknya : laaa, TAKKAN tak tahu..

DAN

ACAPKALI juga,
saat orang tua bertanya kepada orang yang lebih muda daripadanya, mungkin juga anaknya, adik atau kawannya..
dan jawapannya juga begini.

abang : macam mana ya cara solat jenazah ghaib?
adik: laaaa, TAKKAN tak tahu.

sebelum saya terus berkata, PASTI ada yang bersetuju , ye laa, TAKKAN tak tahu. Ni mesti belajar main-main, tak pun tidur, atau pun untuk dapat A je ni. Namun, sebenarnya saya ingin berkata tentang sesuatu yang lebih dari itu. mungkin kembali pada perkara fundamentalnya di situ.

Jauh ke dalam hati bila direnung kembali, TIDAK seharusnya jawapan itu yang diberikan..
Seakan-akan merendahkan tahap ilmu seseorang. boleh jadi Allah anugerahkan kamu dengan kelebihan disitu untuk MELENGKAPI kekurangan mahupun kelompongan orang lain, Tetapi ironinya begitulah realitinya..

KERANA APA??

kerana..

' dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya , nescaya tidak habis-habisnya (dituliskan) kaimat -kalimat Allah. Sesungguhnya Alah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.'
(surah Luqman : 27 )

ILMU Allah itu terlalu luas...

Moga hati terus TAWADHUK saat diberi peluang memperoleh  ilmu daripada Pemiliknya.





Saturday, 23 February 2013

KISAH baru

 BISMILLAHIRRAHMANIIRAHIM..


Alhamdulillah tanggal 18 februari 2013 bermulanya semester 2 tahun pertama. Memasuki semester ini  bermulalah perjalanan kursus pengajian quran dengan multimedia semakin rumit. Tapi saya berpegang kepada kata-kata ini,
 "kalau nak belajar MUDAH, bukan belajar lah namanya"
Al kisah bermula dengan assignment pertama untuk subjek penghantar laman web grafik, Madam minta kami buat blog.  ha? blog?? entah berapa kurun dah tak update. lebih setahun rasanya sejak busy dengan kehidupan baru di bumi barakah tu.kata-katanya yang masih terngiang-ngiang di telinga ini :
' kamu jangan ingat kamu ramai, saya takde masa nak baca blog kamu'
tersentap.terdiam. erk..
"
Jadi, by hook or by crook saya akur. dalam hati , update je la blog yang dah bersawang tu.
 Ni lah ujian-ujian untuk update blog :
1) lupa email dan password sebab sekarang pakai email lain.
2) bila renew password, hilang juga blog lama.

JADI..

selamat datang blog baru.

saya akan lebihkan masa dengan kamu.
saya akan peruntukkan masa khas untuk update kamu.
saya akan berhati-hati menjaga kamu.

kerana,
saya tahu..

 "hati yang  'jauh', kalau tulis takkan sampai"

Moga ALLAH bagi kekuatan. Aamiin